Download 110+ EA/Forex Robot for FREE.

Just enter your email address:

 

Sunday, February 13, 2011

Projek 2011

Pada tahun ini aku ingin trade secara serius, bukan hanya sekadar mengisi masa lapang (sebelum ini trading forex hanya satu bidang suka-suka bagi aku). Dengan semangat yang berkobar-kobar di dada dan yakin trading forex boleh dijadikan satu kerjaya, aku mulakan tahun ini dengan satu EA yang menarik dan modal ( duit aku kumpul 5 bulan lalu). Meh aku nak cerita sikit pasal Projek 2011 ini.

Projek ini adalah projek jangka pendek aku untuk tahun 2011. Apa yang aku perlukan, satu EA (aku dah ada) dan modal duit USD1,000. Target aku adalah untuk sekurang-kurangnya gandakan USD1,000 dalam masa setahun. Jadi, pada hujung 2011 nanti, aku ada keuntungan sebanyak USD1,000 (walaupun tak banyak, tapi sapa nak bagikan). Tetapi aku berharap aku dapat lebih dari jumlah tersebut.

Pada 20 Jan 2011 iaitu hari Khamis, aku buka akaun di Liteforex.org guna Lite Akaun. Aku depositkan sebanyak USD 1,000 bersamaan US Cent 100,000.

Kenapa guna Lite Akaun?

Untuk makluman EA yang aku nak gunakan ada EA jenis Martiangle, dan semua tahu EA jenis ini berisiko dan mudah untuk Margin Call (MC) kalau modal tak boleh menampung float.

Aku mana ada duit USD100,000, sbb tu aku guna Lite Akaun, dengan USD1,000 boleh guna modal besar tetapi dalam cent je.

Ringkasan

Tempoh Trade : 20 Jan 2011 - 20 Jan 2012 ( kalau tak MC)
Akaun Jenis : Lite Akaun
Broker : LiteForex.org
Leverage : 1:200
Modal : USD Cent 100,000 (USD 1,000)
EA (Forex Robot) : EA jenis Martiangle
Pairs : GBPUSD, EURUSD, USDCHF, EURGBP, USDJPY, USDCAD

Pairs pada mulanya aku gunakan GBPUSD,EURUSD dan USDCHF. Kemudian aku menambah tiga lagi pairs EURGBP, USDJPY dan USDCAD. Pada mulanya menguntungkan, tetapi agak terlalu berisiko jika float terlalu banyak, aku kekalkan tiga pairs ini sahaja (GBPUSD, EURUSD, USDCHF).

Keputusan setakat ( 11 Feb 2011 : Jumaat)

Modal : USD Cent 100,000
Profit/Loss : USD Cent 22,523.10

Untuk dalam USD 225.23 @ USD Cent 22,523.10 ( 20 Jan - 11 Feb 2011)


Sila tengok screen shot ( sila klik untuk tumbesaran yg lebih besar)



Statement penuh akan menyusul pada 20 Feb 2011 (genap sebulan) nanti. Kita tggu dan lihat nanti.

2 comments:

  1. kenapa tak sertakan saja full statement? ape name EA yang bro gune ni?

    syfx

    ReplyDelete
  2. full statement akan menyusul...

    ReplyDelete